Kelas Mengisi Borang SPA8 & E-recruitment Secara Online & KDB

22 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2018, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Mengisi Borang SPA8 & E-Recruitment Secara Online & Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 3.00 hingga 4.00 Petang. Sebanyak 2 orang peserta yang berumur 20 dan 22 tahun telah menyertai kelas tersebut. Kami daripada Pusat internet sangat mengalu-alukan kedatangan warga belia kampung yang ingin belajar dan mengisi apa-apa borang yang melibatkan pendidikan dan peluang pekerjaan.

Selai itu, kami selitkan sekali aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) untuk memupuk penggunaan internet secara positif, mendedahkan para peserta dengan cara menggunakan komputer dengan sihat. Tahniah semua & selamat maju jaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali